Month: November 2018

Kuasa Sentuhan

Dr. Paul Brand, mubaligh perintis dalam bidang perubatan pada abad ke-20 yang pergi ke India, telah melihat dengan matanya sendiri stigma yang didatangi penyakit kusta. Dalam satu janji temu, dia menyentuh seorang pesakit dan meyakinkan orang itu bahawa rawatan untuk penyakitnya memang tersedia. Lelaki itu mula menitiskan air mata. Pembantu doktor menjelaskan erti air mata lelaki itu kepada Dr. Brand, “Anda telah menyentuhnya, dan selama bertahun-tahun tiada seorang pun yang pernah melakukan hal seperti itu kepadanya. Itu ialah air mata kegembiraan.”

Syukur kepada Tuhan Seadanya

Antara beribu-ribu kata sentimen yang dicetakkan di atas kad ucapan, mungkin salah satu ucapan yang paling menyentuh hati adalah ungkapan ini: “Terima kasih kerana menjadi diri anda seadanya.” Jika anda menerima kad seperti ini, anda tahu bahawa seseorang mempedulikan anda bukan kerana anda melakukan sesuatu yang menakjubkan untuk orang itu, melainkan anda dihargai kerana siapa diri anda.

Gangguan yang Berbahaya

Sigismund Goetze, seorang pelukis telah memberi kejutan pada era zaman Victoria England melalui lukisannya yang bertajuk “Despised and Rejected of Men” (Dihina dan Ditolak oleh Manusia). Dalam lukisan itu, dia menggambarkan Yesus yang menderita dan disalibkan, serta dikelilingi oleh generasi Goetze sendiri. Mereka amatmengutamakan kepentingan sendiri—perniagaan, percintaan, politik—mereka secara langsung tidak menyedari pengorbanan Penyelamat. Orang ramai yang berkumpul di situ bersikap dingin terhadap Kristus, misalnya kumpulan perusuh yang mengejek di kaki kayu salib Yesus, tanpa menyedari bahawa mereka telah terlepas sesuatu atau Peribadi yang penting.

Saling Menggalakkan

Acara larian bagi Memorial Steven Thompson ialah satu perlumbaan rentas desa yang berbeza daripada yang lain. Setiap pasukan yang terdiri daripada tujuh anggota akan berlari sebagai satu unit, memegang seutas tali dan berbentuk seperti “lipan”, untuk tiga kilometer yang pertama dalam larian yang sejauh lima kilometer. Ketika mereka tiba di tempat penanda tiga kilometer, pasukan akan melepaskan tali dan menamatkan perlumbaan itu secara individu. Oleh itu, keputusan akhir setiap orang merupakan gabungan kepantasan pasukan dan kepantasan individu.